Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomSaham Tesla kembali menjadi perhatian selepas beberapa bulan bergerak dalam trend bercampur. Walaupun Tesla ialah salah satu saham teknologi paling popular di dunia, prestasi Saham Tesla kini sedang diuji oleh beberapa faktor, termasuk kelembapan jualan, persaingan EV, dan paling besar, pakej ganjaran Elon Musk yang boleh mencecah hampir USD 1 trilion.
Untuk pelabur Malaysia, persoalannya mudah: Adakah Saham Tesla berbaloi dibeli sekarang, atau risikonya terlalu tinggi? Mari kita menganalisis secara lengkap.
Pada 2025, Tesla memperkenalkan semula pakej ganjaran CEO Elon Musk yang mempunyai nilai maksimum sekitar USD 878 bilion, dan berpotensi mencecah hingga USD 1 trilion bergantung pada prestasi masa depan saham Tesla. Pakej ini dianggap antara compensation plan terbesar dalam sejarah korporat moden.
Pakej ini dicadangkan oleh Lembaga Pengarah Tesla untuk memastikan Musk kekal memimpin syarikat, mencapai sasaran pertumbuhan besar, dan terus menyelaraskan kepentingannya dengan para pemegang saham.
Tetapi, pakej ini BUKAN gaji tetap. Musk hanya akan dapat nilai tersebut jika Tesla mencapai beberapa sasaran ekstrem seperti di bawah.

Pakej tersebut hanya boleh dicapai jika Tesla berjaya mencapai beberapa milestone yang sangat sukar, jauh lebih tinggi daripada standard syarikat automotif atau teknologi lain. Antara sasaran yang ditetapkan:
Tesla perlu meningkat ke nilai pasaran tertentu yang hanya dicapai oleh beberapa syarikat paling besar di dunia.
Ini bermaksud:
Syarat ini sahaja menunjukkan standard kejayaan yang hampir “moonshot”.
Tesla perlu menunjukkan:
Ini bermaksud Tesla mesti berkembang bukan seperti syarikat kereta biasa, tetapi lebih seperti syarikat teknologi hyper-growth.
Robotaxi ialah projek paling “high-risk, high-reward” dalam Tesla. Ia ialah teksi tanpa pemandu yang bergerak sendiri menggunakan sistem AI dan Full Self-Driving (FSD) Tesla. Ia berfungsi seperti Uber/Grab, tetapi tanpa pemandu manusia, dan berpotensi menjadi sumber pendapatan baharu untuk Tesla jika dilancarkan secara global.
Untuk Musk layak dapat pakej besar itu:
Ini adalah sasaran yang sangat jarang dicapai oleh mana-mana syarikat teknologi.
Tesla perlu membuktikan sistem FSD (Full Self-Driving) mereka:
Ini memerlukan kejayaan dalam AI, data training, dan supercomputing (contoh: Dojo).
Ini termasuk:
Dengan kata lain, Tesla bukan saja perlu menjual lebih banyak kereta, tetapi mesti melakukannya dengan lebih menguntungkan berbanding pesaing.
Menurut laporan Reuters dan Investopedia, pakej Musk ini dianggap sangat mencabar untuk dipenuhi kerana:
Inilah sebabnya pelabur melihat pay plan Musk sebagai both bullish AND risky.
Kerana ia menunjukkan bahawa:
Untuk konteks tambahan, Musk tidak pernah meminta pakej trillion-dollar itu secara langsung, tetapi kenyataannya tentang kurang memberi tumpuan kepada Tesla tanpa insentif jangka panjang mendorong Lembaga Pengarah Tesla untuk mencadangkan pakej besar tersebut bagi memastikan beliau kekal memimpin Tesla.

Trillion-dollar pay plan = gabungan stock options dan performance milestones.
Pakej “trillion-dollar pay plan” bukanlah dalam bentuk gaji, bukan duit dalam bank, dan bukan Elon Musk dapat hampir USD 1 trilion secara tunai.
Ia sebenarnya terdiri daripada dua komponen utama:
Tesla memberi Musk hak untuk membeli saham Tesla pada harga diskaun jika syarikat mencapai sasaran tertentu. Contoh: jika Tesla capai milestone X, Musk boleh beli saham pada harga lebih rendah, dan nilai saham itu boleh mencecah ratusan bilion. Inilah yang menyumbang kepada nilai hampir USD 1 trilion.
Jadi, nilai hampir “USD 1 trilion” itu berdasarkan nilai saham masa depan, bukan duit tunai.
Musk hanya akan dapat stock options bernilai besar itu jika Tesla mencapai beberapa sasaran luar biasa, seperti yang disebut tadi.
Jika Tesla gagal capai syarat-syarat tersebut, maka, Musk tidak akan dapat nilai trillion-dollar itu.
Semua faktor ini akhirnya mempengaruhi pergerakan Saham Tesla di pasaran, jadi mari lihat harga terkini dan trend semasanya.
Berdasarkan data terkini (14 November 2025, 21:11 GMT+8):
Harga saham Tesla hari ini: USD 401.99 Tesla Inc. (TSLA) ialah ekuiti yang didagangkan di pasaran saham Amerika Syarikat.
Harga semasa berada pada USD 401.99, dengan perubahan sebanyak –28.59500 (–0.06641%) berbanding penutupan sebelumnya. Data ini merujuk kepada dagangan terakhir pada Jumaat, 14 November 2025, 13:11 UTC.

Saham Tesla jatuh sekitar –6.6%, menandakan tekanan jangka pendek masih ketara.
Dari sudut prestasi jangka setahun, Saham Tesla masih mencatatkan pertumbuhan positif secara keseluruhan, walaupun turun naik yang ketara berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Faktor utama:
Sentimen berhati-hati ini bukan hanya berlaku pada Tesla. Syarikat berkaitan AI seperti SMCI juga mengalami kejatuhan besar baru-baru ini. Anda boleh baca analisis penuh dalam artikel Kenapa Saham SMCI Jatuh untuk memahami bagaimana sektor AI turut memberi tekanan kepada saham teknologi.
Bullish jika:
Bearish jika:
Kesimpulannya, gabungan faktor bullish dan bearish ini menjadikan pergerakan jangka pendek Saham Tesla volatile.
Jika anda turut mengikuti perkembangan saham teknologi lain, anda boleh rujuk analisis terkini kami seperti Harga Saham Netflix Hari Ini dan Harga Saham Intel Hari Ini untuk melihat perbezaan trend dalam sektor teknologi global.
BYD kini mengetuai pasaran EV global dari segi volume.
Tesla terpaksa turunkan harga model tertentu dan ini menyebabkan margin jatuh.
Kos meningkat, diskaun tinggi, dan pelaburan R&D robotaxi menyebabkan tekanan pada quarterly earnings.
Robotaxi ialah “big bet” Tesla.
Jika berjaya, Saham Tesla boleh melonjak.
Jika gagal, tekanan besar pada valuation syarikat.
Musk terlibat dalam:
Pelabur risau beliau tidak 100% fokus pada Tesla.
Pakej trillion-dollar Musk meletakkan jangkaan prestasi yang sangat tinggi, dan ini menambah risiko kerana sebarang kegagalan Tesla memenuhi sasaran boleh menekan harga saham dengan lebih kuat.

Disebabkan:
Jika Tesla berjaya:
Saham Tesla boleh kembali bullish dengan kuat.
Saham Tesla kini berada dalam fasa yang kritikal, antara tekanan jangka pendek dan peluang jangka panjang.
Untuk trader Malaysia yang menggunakan Ultima Markets, turun naik seperti ini membuka peluang:
Saham Tesla berpotensi pulih, tetapi perjalanan jangka pendek dijangka kekal volatile.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.